Affin Bank Berhad beroperasi sebagai entiti pemegang kewangan Affin Islamic Bank Berhad, Affin Hwang Investment Bank Berhad, Affin Moneybrokers Sdn Bhd. Generali Insurance Malaysia Berhad dan Generali Life Insurance Malaysia Berhad merupakan syarikat gabungan Affin Bank Berhad.
Kumpulan AFFIN menyediakan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi keperluan pelanggan individu dan korporat. Antara segmen pasaran tumpuan yang dikategorikan di bawah unit perniagaan penting ialah Perbankan Komuniti, Perbankan Perusahaan, Perbankan Korporat, Perbendaharaan dan Perbankan Pelaburan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.affingroup.com.
Setakat 14 Oktober 2024, AFFIN BANK mempunyai 130 buah cawangan di seluruh Malaysia.
Logo & Slogan
Logo baharu AFFIN melambangkan visi, keteguhan, mutu perkhidmatan dan integriti AFFIN untuk menjadi sebuah organisasi moden dan progresif era baharu.
Identiti baharu AFFIN ini berdasarkan elemen Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, yang melambangkan keberanian, kehidupan dan pertumbuhan pesat. Sememangnya elemen asal logo AFFIN sebelum ini, ia kini diubah menjadi satu lambang yang moden bagi Bank. Stigma Bunga Raya ini digambarkan menggunakan 3 titik merah yang mewakili hubungan rapat dengan para pelanggan, pemegang saham, and kakitangan. Manakala 5 kelopak bunga pula melambangkan AFFIN, singkatan bagi nilai-nilai teras Bank.
Warna biru melambangkan fokus kepada para pelanggan serta kesetiaan terhadap nilai-nilai teras Bank yang digabungkan secara harmoni dengan warna merah yang mewakili tenaga dan dedikasi dalam memberi nilai kepada para pelanggan, pemegang berkepentingan dan kakitangan.
Evolusi logo ini melambangkan perjalanan metamorphosis Bank untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang progresif masa hadapan, kreatif dan mendukung pelaksanaan teknologi dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah.
"Sentiasa Untuk Anda"
Di AFFIN, kami berusaha untuk kekal berhubung dan berinteraksi dengan para pelanggan kami, untuk memahami keperluan dan aspirasi mereka. Ia melambangkan dedikasi dan komitmen kami kepada para pelanggan dari setiap lapisan masyarakat, serta membolehkan kami menyesuaikan diri terhadap perubahan dan pada masa yang sama memberikan pengalaman tersendiri kepada para pelanggan.
Warga kerja di AFFIN sentiasa membudayakan nilai teras yang bertumpukan kepada pelanggan, kreativiti dan pengwujudan nilai. Slogan kami iaitu “Sentiasa Untuk Anda”, diilhamkan untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan dan membina reputasi kami sebagai sebuah institusi kewangan yang kreatif dan inovatif.
Warga kerja kami sentiasa menjadi keutamaan dan kekal sebagai fokus budaya kerja kami yang berfokuskan pelanggan. Pelbagai inisiatif dilakukan dalam memahami dan mengutamakan pemegang berkepentingan kami iaitu para pelanggan, warga kerja dan pemegang saham kami.Sepanjang perjalanan metamorphosis ini, kami terus peka terhadap keperluan para pelanggan yang kian berubah, pada masa yang sama mendukung kehendak dimensi digital. Kami berkhidmat dengan sepenuh hati untuk memastikan setiap pelanggan menerima pengalaman pelanggan yang tiada tandingannya.