Affin Islamic Bank Berhad


Sebuah Bank Islam menyeluruh yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah.

​​​AFFIN ISLAMIC, Sentiasa Untuk Anda

Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC atau Bank), sebuah anak syarikat milik penuh Affin Bank Berhad (AFFIN BANK) telah diperbadankan pada 13 September 2005 dan beroperasi secara rasmi sebagai sebuah bank Islam mulai 1 April 2006. Sebagai sebuah bank Islam penuh, AFFIN ISLAMIC menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Perbankan Islam yang lengkap kepada para pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Institusi, Runcit dan Korporat.

AFFIN ISLAMIC adalah antara peneraju produk-produk inovatif berlandaskan pelbagai konsep Syariah seperti Musharakah Mutanaqisah, Mudarabah, Istisna, Ijarah, Murabahah dan lain-lain.

Produk dan perkhidmatan AFFIN ISLAMIC memberikan keunikan tersendiri mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan seperti deposit, akaun pelaburan dan pembiayaan untuk memenuhi keperluan konsumer dan perniagaan.

AFFIN ISLAMIC bersama lima (5) bank Islam yang lain telah menjadi perintis Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang merupakan platform untuk menjamin keperluan pembiayaan perniagaan, terutamanya PKS, institusi dan pelabur runcit. IAP secara rasminya dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia pada 17 Februari 2016 dan bertujuan untuk menawarkan peluang pelaburan sebagai satu lagi kelas aset di dalam dan luar negara. Ini merupakan lonjakan kuantum dalam komitmen Bank di dalam peranannya untuk memajukan perbankan Islam di dalam landskap kewangan tempatan dan antarabangsa.

Sejajar dengan Pelan Induk Sektor Kewangan Malaysia yang bermatlamat untuk mengubah negara menjadi hab global bagi Perkhidmatan Kewangan Islam, AFFIN ISLAMIC akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan agar dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan kewangan baru yang mampu bersaing dalam arena kewangan di peringkat global.


Misi Kami

Visi
AFFIN ISLAMIC memainkan peranan penting dalam dunia Perbankan Islam yang sentiasa berkembang dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan Patuh Syariah, yang akan mengukuhkan kedudukannya sebagai:

"INSTITUSI KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA TERULUNG"

Maklumat Kewangan

Misi kami adalah untuk menghasilkan keuntungan dan mewujudkan nilai bagi pemegang saham kami dan pihak berkepentingan. Melalui prestasi kewangan yang konsisten, kami sentiasa berkomited dalam usaha mengekalkan kemampanan Bank dan penerokaan peluang pertumbuhan perniagaan.

Maklumat kewangan

Misi kami adalah untuk menghasilkan keuntungan dan mewujudkan nilai bagi pemegang saham kami dan pihak berkepentingan. Melalui prestasi kewangan yang konsisten, kami sentiasa berkomited dalam usaha mengekalkan kemampanan Bank dan penerokaan peluang pertumbuhan perniagaan.

Pertanyaan Umum

Affin Islamic Bank Berhad (Ibu Pejabat)

Tingkat 19, Menara AFFIN,
Lingkaran TRX,
​​​​​​​Tun Razak Exchange, 
55188 WP Kuala Lumpur,
​​​​​​​Malaysia.

Telefon:

+603-2302 1000

Faksimili:

+603-2026 1415