AFFIN Moneybrokers


Syarikat pembrokeran antarabangsa yang terlibat dalam perkhidmatan pertukaran wang asing dan pembrokeran dalam pasaran wang di negara ini. 


AFFIN Moneybrokers

Affin Moneybrokers Sdn Bhd, yang dikenali sebagai Telenas (Malaysia) Sdn Bhd sebelum 20 Ogos 1999, diperbadankan pada 15 September 1983 dan mula beroperasi pada 1 Mei 1984. Sebagai salah satu daripada empat syarikat pembrokeran wang berlesen untuk menjalankan perniagaan pembrokeran wang di negara ini bawah pengawasan Bank Negara Malaysia, Affin Moneybrokers Sdn Bhd dimiliki 100% oleh Affin Bank Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia Berhad.

Sebagai syarikat pembrokeran wang, Affin Moneybrokers bertindak sebagai perantara atau pengatur perjanjian antara institusi kewangan yang diberi kuasa dalam pertukaran wang asing dan pasaran wang domestik. Sebagai balasan untuk perkhidmatan ini, pembayaran dalam bentuk komisen pembrokeran akan diterima apabila perjanjian antara dua pihak disimpulkan. Pelanggan syarikat termasuk institusi kewangan, syarikat insurans dan Cagamas. Sepanjang tempoh operasi, prestasi pendapatan pembrokeran dan keuntungan bersih sebelum cukai (NPBT) yang mantap telah dicapai oleh Affin Moneybrokers.
​​​​​​​
Sebagai broker wang antarabangsa, Affin Moneybrokers turut menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat pembrokeran wang antarabangsa untuk bertindak sebagai ejen bagi transaksi yang melibatkan institusi kewangan asing.


Visi dan Misi AFFIN Moneybrokers

Visi
1. Untuk mengambil bahagian secara aktif dan memberi sumbangan kepada pembangunan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan yang mantap.
2. Mematuhi garis panduan yang nengawal selia profesion dan industri.​​​​​​​

Misi
​​​​​​​1. Menjadi peneraju pasaran dalam perkhidmatan pertukaran wang asing dan pembrokeran pasaran wang di negara ini.
2. Untuk menawarkan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti kepada pelanggan kami dengan memberi tumpuan kepada keperluan segera dan jangka panjang mereka.
3. Menyediakan perkhidmatan secara informatif dan inovatif dengan gabungan teknologi yang terkini. 

Pertanyaan Umum

AFFIN Moneybrokers SDN BHD (106666-U)

25th Floor, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan,
50200, Kuala Lumpur, Malaysia

Orang yang boleh di hubungi

Faizal Emil Abdul Aziz
(Perbendaharaan)

Hasriza Kamaludin
(Pentadbiran & Kewangan)

Hubungi kami
[email protected]