Generali Insurance Malaysia Berhad


Salah sebuah syarikat insurans am terbesar dan syarikat insurans hayat yang sedang berkembang di Malaysia dan komited untuk membantu orang ramai membentuk masa depan yang lebih selamat dan lebih mampan.


Perlindungan sentiasa menjadi teras perniagaan kami.

Sebagai salah satu peneraju global dalam insurans, kami komited untuk membantu orang ramai membentuk masa depan yang lebih selamat dan lebih mampan dengan melindungi kehidupan dan impian mereka. Selama lebih 190 tahun, kami telah menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai oleh pelanggan kami, menawarkan penyelesaian perlindungan yang menyeluruh kepada individu dan perniagaan.

Daripada perniagaan sehinggalah ke rumah dan daripada mobiliti kepada kesihatan, kami komited untuk memberikan nilai sebenar kepada kehidupan anda, untuk membantu anda mencapai matlamat hidup anda bersama orang tersayang. Ketahui lebih lanjut mengenai kami.


Generali Insurance Malaysia Berhad


Kumpulan Generali adalah salah satu pembekal insurans global terbesar dengan lebih daripada 190 tahun warisan. Aktif di Malaysia sejak 2015, ia telah memperoleh 49% kepentingan dalam - anak syarikat insurans am Multi-Purpose Capital Holdings untuk mewujudkan MPI Generali. Pada tahun 2022, Generali memperoleh 100% pemilikan usaha sama tersebut dan telah membeli majoriti pengawalan dalam usaha sama AXA Affin Life Insurance dan AXA Affin General Insurance di Malaysia.

Pada tahun 2023, Kumpulan Generali membuka satu lembaran pertumbuhan baharu dengan dan melancarkan satu jenama Generali Malaysia - salah satu syarikat Insurans Am yang terbesar dan syarikat insurans hayat yang semakin dikenali di Malaysia yang disokong oleh lebih 1,600 pekerja, rangkaian pengedaran luas lebih daripada 9,000 ejen dan rakan kongsi dan 49 cawangan.

Dengan skala, sumber dan kepakaran yang dikembangkan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan, Generali berusaha meneruskan cita-citanya menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai dan sebuah syarikat insurans yang progresif dalam melindungi keperluan generasi akan datang rakyat Malaysia.


Generali Life Insurance Malaysia Berhad


Kumpulan Generali, salah satu penyedia insurans terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1831 dan  mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia. MPI Generali, mempunyai sejarah usaha bersama dengan Multi-Purpose Capital Holdings Berhad sejak 2015. Pada tahun 2022, Kumpulan Generali memperolehi 100% pemilikan usaha sama dan mendapat majoriti dalam mengawal usaha sama antara AXA Affin Life dan General Insurance di Malaysia.

Pada tahun 2023, Kumpulan Generali membuka lembaran pertumbuhan baharu dengan menyatupadukan perniagaan Insurans Hayat dan Am serta melancarkan satu jenama penyatuan yang dikenali sebagai “Generali” di seluruh syarikat insurans Hayat dan Amnya.

Di Generali Life Insurance Malaysia, kami memberi tumpuan untuk membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. Kami menawarkan perlindungan kepada pelanggan kami termasuk pelan insurans hayat dan simpanan, pelan berkaitan pelaburan, insurans perubatan dan insurans hayat berjangka kumpulan.


Pertanyaan Umum

Generali Insurance Malaysia Berhad

Ground Floor, Wisma Boustead, 71 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon:

+ 603-2170 8282

Faksimili:

+ 603-2031 7282

Generali Life Insurance Malaysia Berhad

8th Floor, Chulan Tower, No.3 Jalan Conlay, 50450
​​​​​​​Kuala Lumpur

Telefon:

+ 603-2117 6688

Khidmat Pelanggan:

+ 1300 88 1616

Faksimili:

+ 603-2117 3698